Sejarah Adobe Dreamweaver
Adobe Dreamweaver, dulunya
dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver ialah atur cara penyunting HTML
yang diperkembangkan oleh Macromedia (kini diambil alih oleh Adobe). Ia
merupakan sistem penyuntingan yang menggabungkan daya pengeluaran WYSIWYG (What
You See Is What You Get) dengan kuasa pengawalan kod HTML. Penggabungan ini
adalah unik pada keakhiran 1990-an dan menyebabkan penggunaannya secara meluas.
Ia sekarang terdapat dalam versi Macintosh serta Windows, dan memegang lebih
kurang 80 peratus daripada pasaran atur cara penyunting HTML yang profesional.
Versi yang terkini adalah "Dreamweaver 8". Dreamweaver telah menerima
beberapa anugerah, termasuknya "Persembahan Terbaik di Dunia
Internet" ("Best Show at the Internet World"),
pemeringkatan lima-tikus yang berprestij daripada DuniaMac (MacWorld),
serta "Atur Cara Web Tahunan Yang Terbaik" daripada "Majalah
PC" (PC Magazine)...
Ciri-ciri Dreamweaver yang terbaik termasuk kod HTML
yang kemas serta sokongan kepada pilihan-pilihan HTML yang terbaru (seperti
HTML Dinamik dan gaya sunting melata (cascading style sheet (CSS)).
Dreamweaver juga mempunyai atur cara penyunting teks yang bersepadu serta
penyahpepijat JavaSkrip. Ia menyepadukan BBEdit (atur cara HTML yang terpopular
bagi Macintosh) dan Homesite (untuk Windows) dengan sekitaran reka bentuk
WYSIWYG yang mudah diguna. Mengulang alik antara Dreamweaver dan atur cara
penyunting teks senang sahaja, dan pengguna-pengguna dapat menikmati faedah
daripada kedua-dua situasi sekiranya mereka masih suka bekerja dengan kod HTML
pada sebahagian masa.
Sekitaran reka bentuk grafik Dreamweaver mempergunakan
palet dan tetingkap untuk membolehkan pengguna-pengguna yang baru mula belajar
bagi mencipta tapak Web atasan yang merangkumi ciri-ciri seperti animasi,
borang interaktif dan penyelesaian e-perdagangan, walaupun mereka tidak
memahami HTML. Dreamweaver membenarkan pengguna memilih kebanyakan pelayar
untuk melihat paparan tapak web. Ia juga mengandungi alatan pengurusan tapak
untuk pengguna baru, seperti keupayaan mencari dan mengganti garis-garis teks
ataupun kod dengan apa jua parameter yang ditentukan. Panel perjalanan (behaviors
panel) juga membenarkan penciptaan JavaSkrip yang asas tanpa pengetahuan
pengekodan. Dengan penciptaan versi MX, Macromedia menggabungkan alatan-alatan
penciptaan kandungan dinamik ke dalam Dreamweaver. Selaras dengan semangat
alatan-alatan WYSIWYG HTML, ia membenarkan penguna untuk mengaitkan kepada
pangkalan data (seperti MySQL) untuk menapid and memaparkan kandungan dengan
menggunakan teknologi skrip seperti PHP, ASP dan ASP.net, tanpa pengalaman
pengaturcaraan yang terdahulu.
Fungsi utama Adobe Dreamweaver adalah untuk membuat desain web, pemrogram, dan pengembang aplikasi dari
semua tingkatan.
0 comments:
Post a Comment